Kelab Suara Siswa

Hai assalamualaikum :D

  Hari ini Ika nak cerita tentang Kelab Suara Siswa (KESSIS). Kessis ini kelab penggerak akademik, bahasa inggeris dan komunikasi di kolej kelima, UPM. Tahun 2016/2017 merupakan tahun kedua penubuhan di kolej kelima. Alhamdulillah syukur ke hadapan Allah pada minggu lepas kira telah rasminya Kessis dah stabil. Banyak kelab kat kolej semuanya dengan tujuan yang sama untuk membantu pelajar dapat merit dan bersosial. Tapi Kessis adalah dibawah pemantauan sekretariat akademik MTM K5.

Aktiviti yang pernah dijalankan Movie Night sebanyak dua kali, Agm, Workshop for Academic Improvement, Bonding Day dan beberapa event lain. Dalam perancangan untuk masa hadapan tetapi tidak dapat dipastikan tarikhnya jika tidak dapat dijalankan pada semester ini mungkin pada waktu depan adalah English Month, Keterampilan Diri, Choral Speaking Intercollege dan beberapa lagi. Semuanya bertujuan untuk membantu pengukuhan akademik, bahasa inggeris dan bidang komunikasi untuk pelajar UPM dan Kolej Kelima khususnya. Kelab dibawah pemantau En. Raja dan Kolej yang dinaungi oleh Prof. Sidek pada tahun ini in shaa Allah membuahkan hasil positif demi kebaikan semua termasuk diri ahli-ahli kelab.
 Follow instagram Kessis tau, --> @kessisk5 hehehe sempat promote ig :')